Konnichiwa....pehh..ini 1st time entry aku nk bt psl anime kegilaan ramai ni...asenya majOriti dr uols dh taw ape tjuk anime ni iaitu One Piece.Memang tidk asing lg ar bg peminat tegar anime t'msuklah ak jg.hihihi...Yg pasti semasa entry ni dibuat manga tlh msuk ke Chapter 612..memg byk tuu...Mgkin ada dr uols jg ada tgk cite ni di Astro Ceria..huhu..Jom kita tgk lbih detail psl anime One Piece ni...
Info One Piece
One Piece atau popular dgn nama Budak Getah di Malaysia merupakan manga dan anime hasil karya oleh Eiichiro Oda. Manga ni tlh pun diterbitkan oleh Weekly Shōnen Jump sejak 4 ogos 1997 & shingga kini cite ni msh berterusan....manakala versi TV nya pula bermula pada Oktober 1999 di Fuji TV.Anime bersiri ini tlh dibuat oleh Toei Animation. Secara ringkas cite ni mengisahkan pengembaraan sekumpulan sahabat yg belayar bersama-sama mengejar impian masing masing.
Sejak p'geluaran manga, One Piece tlh m'jd siri manga paling popular di Jepun serta kini m'jd manga yg disanjungi.Bukn itu sje, pd tahun 2010 Shuiesha tlh m'umumkn bahawa mereka tlh m'jual lbih 260 juta jilid manga One Piece..seyeslah memg byk tu....
Tajuk : One Piece (ワンピース Wan Piisu)
Genre : Aksi, pengembaraan, komedi, Shōnen, Drama, Fantasi, Ketenteraan, Misteri
Pengarang : Eiichiro Oda (manga)
Penerbit : Jump Comics (manga)
Pengarah : Kounosuke Uda (TV anime)
Studio : Toei Animation
Penyiaran : Fuji TV
Watak Utama
Lanun Topi Jerami
Monkey D. Luffy
Roronoa Zoro
Nami
Usopp
Sanji
Tony Tony Chopper
Nico Robin
Franky
Brook
Watak lain
Yonkou, 4 maharaja lanun
Shichibukai, 7 dewa laut lanun
Laksamana Armada dan 3 Laksamana Kerajaan Dunia
Kumpulan revolusioner
White Beard
Marco The Pheonix
Diamond Joss
Portgas D Ace
Black Beard
Kumpulan Lanun Buggy
Sinopsis
Luffy menempuh pelbagai cabaran dan halangan yang menarik dan dalam misinya iaitu menjejaki One Piece-harta karun tinggalan Gol D. Roger yang menjadi rebutan para lanun-lanun yang datang ke Grand Line. Sepanjang pengembaraannya, Luffy merekrut anak kapalnya seorang demi seorang bermula dengan Roronoa Zoro, seorang pemedang yang bercita-cita menjadi pemedang terhandal di dunia sehingga namaya di dengar di syurga, Usopp seorang lelaki pengecut dan pembohong yang ingin mengikut jejak langkah ayahnya Yasopp (penembak tepat dalam krew kapal Shanks) untuk menjadi wira di laut, Sanji seorang tukang masak terhandal di East Blue yang sentiasa jatuh cinta pada gadis cantik dan mempunyai cita-cita untuk menjejaki All Blue, Nami si pencuri merupakan perempuan mata duitan tetapi pelayar atau jurumudi kapal terhebat yang bercita-cita melengkapkan peta dunia, Chopper -rusa kutub yang yang memakan buah syaitan yang memberikannya sifat manusia yang mencari ubat yang dapat menyembuhkan segala penyakit dan Robin, seorang ahli sejarah dan satu-satunya manusia yang boleh membaca batu bersurat misteri berbentuk tinggalan zaman kuno-misinya ialah membongkar sejarah dunia yang dilindungi oleh Kerajaan Sedunia.
Setakat ini ahli terbaru krew kapal Luffy ialah Franky dan Brook, Franky ialah tukang kapal yang menghapusnya cita-citanya membina kapal terhebat di dunia setelah kematian penjaga dan majikannya Tom (pembina kapal Gol D. Roger) yang melindunginya dari ditahan oleh Kerajaan Sedunia. Brook pula seorang pemuzik era 90an dan telah memakan buah Devil iaitu Yomi Yomi No Mi.Di samping itu,Brook Juga merupakan seorang pemedang yang handal,. Bukn itu sje kisah pengembaraan Luffy menjadi semakin menarik kerana plotnya yang segar dan terdapat pelbagai kejutan.
Video
Yg ni cite episd 540
Komen..
~ Cite ni memg best sgt coz byk komedi serta aksi gaduh yg menarik..huhu..xbosn kot tgk..
~ Watak utama dlm cite ni je dh kelakar ar..
~ suka tgk masa Luffy bergaduh dgn lanun2x..t'utama bile dia dh gune kuasa dya yg getah tu..ahakss..
~ Bagi aku anime ni secara keseluruhan TERBAIK..This is my favaourite anime..must be watching..hehee
~ So, kpd peminat anime jepun jgn lupa utk menonton anime ini..hiihiii..
Nak tgk anime ni KLIK ONE PIECE


