Saturday, 16 June 2012

Anime One Piece ~ ワンピース

Konnichiwa....pehh..ini 1st time entry aku nk bt psl anime kegilaan ramai ni...asenya majOriti dr uols dh taw ape tjuk anime ni iaitu One Piece.Memang tidk asing lg ar bg peminat tegar anime t'msuklah ak jg.hihihi...Yg pasti semasa entry ni dibuat manga tlh msuk ke Chapter 612..memg byk tuu...Mgkin ada dr uols jg ada tgk cite ni di Astro Ceria..huhu..Jom kita tgk lbih detail psl anime One Piece ni...

Info One Piece 
One Piece atau popular dgn nama Budak Getah di Malaysia merupakan manga dan anime hasil karya oleh Eiichiro Oda. Manga ni tlh pun diterbitkan oleh Weekly Shōnen Jump sejak 4 ogos 1997 & shingga kini cite ni msh berterusan....manakala versi TV nya pula bermula pada Oktober 1999 di Fuji TV.Anime bersiri ini tlh dibuat oleh Toei Animation. Secara ringkas cite ni mengisahkan pengembaraan sekumpulan sahabat yg belayar bersama-sama mengejar impian masing masing.

Sejak p'geluaran manga, One Piece tlh m'jd siri manga paling popular di Jepun serta kini m'jd manga yg disanjungi.Bukn itu sje, pd tahun 2010 Shuiesha tlh m'umumkn bahawa mereka tlh m'jual lbih 260 juta jilid manga One Piece..seyeslah memg byk tu....


Tajuk : One Piece (ワンピース Wan Piisu)
Genre : Aksi, pengembaraan, komedi, Shōnen, Drama, Fantasi, Ketenteraan, Misteri
Pengarang : Eiichiro Oda (manga)
Penerbit : Jump Comics (manga)
Pengarah : Kounosuke Uda (TV anime)
Studio : Toei Animation
Penyiaran : Fuji TV

Watak Utama


Lanun Topi Jerami
Monkey D. Luffy
Roronoa Zoro
Nami
Usopp
Sanji
Tony Tony Chopper
Nico Robin
Franky
Brook

Watak lain
Yonkou, 4 maharaja lanun
Shichibukai, 7 dewa laut lanun
Laksamana Armada dan 3 Laksamana Kerajaan Dunia
Kumpulan revolusioner
White Beard
Marco The Pheonix
Diamond Joss
Portgas D Ace
Black Beard
Kumpulan Lanun Buggy



Sinopsis
One piece m'gisahkan pengembaraan Monkey D. Luffy dlm mengotakan janjinya kepada Shanks (lanun yang menyelamatkannya daripada lemas dan dimakan oleh Sea King) untuk menjadi Raja Lanun yang seterusnya selepas zaman kegemilangan Raja Lanun paling masyhur di dunia iaitu Gol D. Roger.
Luffy menempuh pelbagai cabaran dan halangan yang menarik dan dalam misinya iaitu menjejaki One Piece-harta karun tinggalan Gol D. Roger yang menjadi rebutan para lanun-lanun yang datang ke Grand Line. Sepanjang pengembaraannya, Luffy merekrut anak kapalnya seorang demi seorang bermula dengan Roronoa Zoro, seorang pemedang yang bercita-cita menjadi pemedang terhandal di dunia sehingga namaya di dengar di syurga, Usopp seorang lelaki pengecut dan pembohong yang ingin mengikut jejak langkah ayahnya Yasopp (penembak tepat dalam krew kapal Shanks) untuk menjadi wira di laut, Sanji seorang tukang masak terhandal di East Blue yang sentiasa jatuh cinta pada gadis cantik dan mempunyai cita-cita untuk menjejaki All Blue, Nami si pencuri merupakan perempuan mata duitan tetapi pelayar atau jurumudi kapal terhebat yang bercita-cita melengkapkan peta dunia, Chopper -rusa kutub yang yang memakan buah syaitan yang memberikannya sifat manusia yang mencari ubat yang dapat menyembuhkan segala penyakit dan Robin, seorang ahli sejarah dan satu-satunya manusia yang boleh membaca batu bersurat misteri berbentuk tinggalan zaman kuno-misinya ialah membongkar sejarah dunia yang dilindungi oleh Kerajaan Sedunia.

Setakat ini ahli terbaru krew kapal Luffy ialah Franky dan Brook, Franky ialah tukang kapal yang menghapusnya cita-citanya membina kapal terhebat di dunia setelah kematian penjaga dan majikannya Tom (pembina kapal Gol D. Roger) yang melindunginya dari ditahan oleh Kerajaan Sedunia. Brook pula seorang pemuzik era 90an dan telah memakan buah Devil iaitu Yomi Yomi No Mi.Di samping itu,Brook Juga merupakan seorang pemedang yang handal,. Bukn itu sje kisah pengembaraan Luffy menjadi semakin menarik kerana plotnya yang segar dan terdapat pelbagai kejutan.


Video

Yg ni cite episd 540

Komen..
~ Cite ni memg best sgt coz byk komedi serta aksi gaduh yg menarik..huhu..xbosn kot tgk..
~ Watak utama dlm cite ni je dh kelakar ar..
~ suka tgk masa Luffy bergaduh dgn lanun2x..t'utama bile dia dh gune kuasa dya yg getah tu..ahakss..
~ Bagi aku anime ni secara keseluruhan TERBAIK..This is my favaourite anime..must be watching..hehee
~ So, kpd peminat anime jepun jgn lupa utk menonton anime ini..hiihiii..

Nak tgk anime ni KLIK ONE PIECE


Friday, 8 June 2012

Drama Popular Korea My Girl di NTV7

An nyong haseyo...agak lama jg ak xupdate psl drama dr negara Korea Seltn ni..mgkin psl kesibukn aku kOt sblumni..he3..entry kali ni just nk inform yg mana drama popular b'tajuk My Girl kini sedg ditayangkan di NTV7..Ditayangkan setiap ari isnin hgge jumaat pukul 12pm-1pm..Yg pasti semasa entry ni dibuat cite sudh pUn dipenghujung episod..
Asenya cite ni dh ditygkan dr buln lps cume aku je yg xperasan..hehe..confirm dak2x sek yg sedg bercuti kusyuk menonton cite ni di NTV7 expecially gurls..dhla subtitle dlm Malay memg seng nk fhm..hehe...Ok serba sedikit sinopsis cite ni..

SINOPSIS..

M'gisahkan Gong Chan (Lee Dong Wook) yg b'jumpa dgn Yoo Rin (Lee Da Hae) seorg perempuan yg memiliki rupa yg cantik..Secara kebetulan, atuk Gong Chan yg sedg mencari sepupunya yg hilang msh lg tidak b'jumpa..Oleh itu, Gong Chan yg b'kenln dgn Yoo Rin secara x sengaja tlh m'upah Yoo Rin utk m'yamar m'jadi sepupu Gong Chan..Hal ini jg utk kepentingn Gong Chan..yg mana pada ketika ini, atuk Gong Chan sedg sakit dan m'hrpkn dpt bertemu semula cucunya..Oleh itu,Yoo Rin pun b'setuju utk m'yamar m'jadi sepupu Gong Chan..wlupun pd awlnya agk sukar utk terima pelawaan t;sebut..Gong Chan meminta Yoo Rin m'yamar m'jd sepupunya shinggalah dia dpt bertemu semula spupu yg sbnrnya..

Namun begitu, setelah sekian lama b'kwn..Hubungan Gong Chan dgn Yoo Rin semakin rapat..mlhn Yoo Rin jg semakin selesa b'sama family Gong Chan & atuknya jg..wlupun Gong Chan sudh m'punyai girlfriend yg popular, namun dia tetap jg m'yukai Yoo Rin..Dalam masa yg sama, kwn Gong Chan iaitu Seo Jung woo jg m'yukai Yoo Rin..walaubagaimanapun stlh Gong Chan ptus dgn bekas teman wanitanya, Kim Seo Hyun ..dia jg sedaya upaya utk menawan hati Gong Chan semula..

Setelah sekian lama pencarian sepupu dijalankn akhirnya Gong Chan hampir ketemui jg sepupu sebenarnya beliau..Namun begitu, bekas teman wanita Gong Chan lg awal m'dpt maklumt m'genai sepupu Gong Chan..& kemudian Seo Hyun tlh pun memberitahu p'kara sebenr kpd datuk Gong Chan m'genai sepupunya..akhirnya,datuk Gong Chan sudh pun m'getahui penipuan yg dilakukn oleh Yoo Rin dan jg Gong Chan..Datuk Gong Chan m'arahkn Yoo Rin supaya tingglkn rumah yg dia duduk b'sama kuage Gong Chan & minta supaya pergi jauh dari korea,Bukan itu sje,datuk Gong Chan jg tidk lg m'bnrkn Yoo Rin utk b'jumpa Gong Chan..

Di akhir cerita, setelah beberapa buln Gong Chan & Yoo Rin xb'jumpa, akhirnya mereka b'temu semula dibangunan tinggi..(tmpt yg bese mereka jmpe)..Setelah itu, datuk Gong Chan pun menerima Yoo Rin utk b'sama Gong Chan..Malahan semasa mereka pulg ke umh sepupu Gong Chan yg asal pun ade di umah...(masa ni memg best sgt..)huhu..(",)


Info

Tajuk: 마이걸 / Ma-i-geol / My Girl
chinese title : 我的女孩
Genre: Romance, Comedy
Episod: 16
Siaran TV: SBS
Tempoh siaran: 2005-12-14 to 2006-02-02
Masa ditayangkan: Wednesday & Thursday 9:55 PM

Pelakon / Cast

Lee Dong Wook (이동욱) as Seol Gong-chan
Lee Da Hae (이다해) as Joo Yoo-rin
Lee Joon Ki (이준기) as Seo Jung-woo
Park Si Yeon (박시연) as Kim Seo-hyun

Komen..
~ Sebuah cerita yg best sgt penuh dgn kish pecintaan yg komedi, penuh konflik...
~ Masa konflik amat m'yedihknlah jg t'utama semasa atuk Gong Chan dh taw ttg penipuan Yoo Rin..
~ Tidak m'bosankan coz jln cite yg menarik..ditmbh pula dgn pelakon2x yg hebat...ehheehee
~ Soundtrack lagu cite ni sume best2x belaka..

SELAMAT MENONTON..

NAK TENGOK?? KLIK SINI..
My Girl

Copyright@Segala yang tercatat di atas adalah Hak Milik theprofmie